Saturday, 22 October 2011

Dunia Serba Terbalik

Dalam hidup ini, banyak perkara yang menjadi terbalik. Contohnya, bila ada orang meninggal. Keluarga si mati membuat kenduri tahlil. Ramai yang hadir dan makan di kenduri tu. Tapi bila kita makan, pernah tak kita terfikir yang kita makan harta anak yatim? Lepas makan kita pulak tinggalkan macam tu ja. Makin kita menyusahkan keluarga si mati. Sedangkan mereka masih bersedih atas kehilangan orang tersayang.
     Contoh kedua pulak bila kita pergi kenduri perkahwinan. Cuba kita lihat ramai yang bagi duit kepada keluarga pengantin sedangkan kita tidak diwajibkan untuk berbuat demikian. Ini kerana keluarga pengantin itu sendiri mempunyai wang sendiri. Kalau tidak, bagaimana boleh buat kenduri kahwin kan? Apa kata kita bagi aja duit tu kepada keluarga si mati seperti contoh pertama tadi. Sekurang-kurangnya dapat jugak pahala kerana bersedekah kepada anak yatim.
     Contoh yang ketiga pulak bila beraya. Antara raya puasa dan raya haji, mana satu lebih meriah?? Raya puasa kan. Tapi sebenarnya raya haji yang sepatutnya lebih meriah. Kerana ketika raya haji, kita lakukan aktiviti korban. Masa raya haji jugak kita diharamkan berpuasa empat hari iaitu pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah kerana ingin meraikan hari raya aidiladha. Tapi antara kedua-dua perayaan ini, hari raya aidilfitri lebih meriah kerana ingin meraikan kebebasan setelah berpuasa selama sebulan.
     Banyak lagi perkara-perkara di sekeliling kita menjadi terbalik. Renungkanlah...

p/s: sori cuma bagi tiga contoh. Sebenarnya malas nak tulis banyak-banyak. Hahaha...