Saturday, 12 November 2011

Seloka Ar-Razi

Seloka ini tentang lapan sekawan
6 orang kelas Arif,2 orang kelas Cemerlang dan Ikram
Depa bukan sekelas pun
Tapi depa tetap mengeratkan hubungan silaturrahim

Anis Alyafie segak orangnya
Berkaca mata cantik sungguh
Salah seorang peminat Korea
Dia minat siapa aku tak tahulah..

Nurfarhah Adilah pun berkaca mata
Muka segak, boleh laa..
Bila orang berbicara 
Menyampuk tak ketahuan hala..

Tengku Natrah kerabat diraja
Samalah pulak dengan Hanani
Dua-dua kepala gila-gila
Tak padan dengan gelaran tuan puteri


FBI gelaran yang kuberi
Ketua pengakap anti KRS
Fatini Binti Ismail nama diberi
Kesian Hanani ketua KRS

Suriani Binti Khalid namanya 
Empunya diri kecil molek
Ada yang panggil Suria
Tapi kami panggil budak pendek

Budak sesat dari Al-Azhar
Tiba-tiba SMJ jadi sekolah dia
Nampak ayu tapi kasar
Orangnya canti bernama Nura

Tamat sudah selokaku ini
Buat sahabat-sahabat yang disayangi
Harapanku seloka ini disukai 
Kalau tidak, mintak maaflah ye..

Me & My Class '2 Arif'

Assalamualaikum..
Tersebutlah Al-kisah pelajar kelas 2 Arif...


Kisah bermula dengan ketua
Muhammad Iqbal Aiman namanya
Orangnya segak berkaca mata
Bak kata Natrah gentleman orangnya


Pembantu Iqbal namanya Aishah
Yang seorang lagi namanya Hanani
Keceriaan kelas Aishah kena ambik kesah
Kebajikan kelas pulak menjadi tanggungjawab Hanani


Syarif orang kata comei tapi pendek
Selalu kena buli tapi bijak
Budak perempuan suka mengusik
Sekali kena usik malu-malu kucing pulak...


Zati Syafiqah pengawas sekolah
Orangnya tinggi lampai macam zirafah
Berkawan dengan Farralisa Maisarah
Orangnya tinggi dua kali lima jugaklah..


Mohamad Adi Quzaimie sedap namanya
Sesedap kek Secret Resepi
Hitam  manis tinggi orangnya
Badan pulak kurus melidi


Amalina dan Haida satu kumpulan
Ditambah lagi Isma Idayu
Tiga-tiga comel dan menawan
Duduk di belakang ceria selalu


Muhammad Akram pendiam orangnya
Muka blur mata bulat
Aku tak tau nak kata apa
Sebab Akram ni pendiam sangat laa..


Fathin Delila genius orangnya
Anak kesayangan cikgu CKC
Dalam segala ujian selalu dapat A
Kelas Cemerlang sepatutnya jadi tempat budak ni


Zuhairi tua setahun dari kami
Tapi belajar sama gred ngan kami
Suka belajar subjek Geografi
Tapi Cikgu Azmi kurang diminati


Atikah Amin duduk sebelah Siti Nuraisyah
Sorang mata bulat,sorang mata kuyu sekali
Bergaduh berbaik sudah menjadi lumrah
Itulah yang dinamakan sahabat sejati


Ali dan Arif dua sahabat sejati
Dua-dua orang pelajar asrama
Selalu mengantuk masa kelas Cikgu Yati
Masa Cikgu Hosmah pun sama


Athirah, Natrah dan Fatini
Banyak berita terkini
Farhah, Anis dan Nani
Sahabat mereka yang sejati


Tiga gadis berasrama
Namanya Maisara, E-are dan Syazana
Tiga-tiga comel dan cantik orangnya
Mereka masih belum berpunya


Jangan lupa Nurul Syifa
Sahabatnya bernama Atiqah Suraya
Gelaran ratu ais Atiqah bagi kat Sifa
Sifa pulak iakan sahaja...


Kisah 2 Arif tamat sudah
29 anak Puan Intan Maizura
Kalau ada silap dan salah
Jangan marah yaa..

Me & My Friends 'RHAZES'

Di sekolah, aku ada tujuh orang kawan yang kadang-kadang 
boleh dibuat geng tapi kadang-kadang elok dijauhkan.. haha.. 
Nak tau kenapa?? Sebab.... 


Nurfarhah Adilah sekelas ngan aku. Kami panggil 
dia Paah. Tapi aku teringin nak panggil Dila. Dia 
seorang yang berdikari. Dia satu-satunya dalam geng
kami yang duduk kat asrama. Baik dan pendengar 
yang bagus. 'Farhah' maksudnya periang. Ya kot. 
Sebab aku tak pernah tengok dia menangis. Dia selalu 
kena tinggal sebab selalu lambat. Kadang-kadang, aku
tak faham bila dia bercakap. Dan selalunya bila aku 
bercakap dengan kawan-kawan lain dia suka menyampuk. 
Kalau dia menyampuk ikut topik tak pa.. Tapi selalunya 
dia selalu terkeluar topik. Itulah yang menggeletek hatiku..
Anis Zaireen pun kelas 2 Arif. Aku panggil dia Anis. Tapi 
lidah ni macam nak panggil dia Reen. Memang aku suka 
tukar nama panggilan orang lain. Anis ni seorang yang 
rajin. Semua kerja sekolah yang cikgu bagi, semua dia buat. 
Dia duduk sebelah Paah. Memang padan sebab dua-dua ada 
mata empat. haha.. Anis ni cantik. Aku suka bulu mata dia 
yang lebat. Seorang yang lemah lembut dan sopan. Anis ni 
memang pandai tapi kadang-kadang blur.. Dia pun lebih 
kurang sama macam Paah jugak. Suka terkeluar topik.. Ish..ish..
Nur Athirah dan Fatini atau nama samaran Thirah and 
Tini.. haha.. Baguslah tu. Padan. Mereka berdua ni 
memang akrab. Budak dua orang ni pon sekelas ngan
aku. Tapi Tini duduk sebelah aku. Tini suka baca 
novel macam aku. Tapi dia ni tahap gila novel. Thirah 
pulak, suka melawak.. Memang satu geng aku suka 
bergurau tapi aku selalu gelak sampai nak pecah perut 
sebab tak tahan dengar cara Thirah gelak. Memang unik.. 
Thirah jarang merajuk atau bad mood. Tapi Tini hampir 
setiap minggu rasanya dia bad mood. Eh, silap. Bukan 
bad mood tapi bebai. Bad mood sudah tidak sesuai 
untuk meggambarkan tahap sakit hati Tini terhadap 
entah sapa-sapa. Lalu ganti nama bad mood ialah bebai..
Perkataan 'bebai' ni Tini belajar dari Nura Hilma. Of 
course lah panggil Nura. Sebab kalau panggil Hilma 
nama mcam laki pulak. Nura ni asal dari sekolah 
Al-Azhar. Tapi sesat mai SMJ. haha.. So, terpaksa letak 
dalam klas istimewa iaitu klas bahasa Arab. Dulu dia 
duduk di UK mengikut ayahnya yang bekerja di sana. 
So, speaking English la ngan budak kurus melidi nie.. 
Sekali tengok macam penagih dadah pun ada.. hahaha.. 
Nura ni pandai hormat orang tua. Kalau tengok dari belakang, 
susuk badan dia macam sepupu aku. Cuma dia pendek sikit..
hehe.. Tapi ketinggian kami dua lebih kurang sama..
Tak macam Suriani Binti Khalid yang pendek paras telinga 
aku. haha.. Kami panggil dia Sue atau budak kecik walaupun 
dia lahir dulu dari kami semua iaitu pada bula Januari. 
Kadang-kadang aku panggil dia Yani. Sue ni pandai, 
rajin, comel, dan pelajarannya sentiasa cemerlang. 
Sebab tu dia duk kat klas pertama iaitu kelas Cemerlang. 
Tak macam aku. Masuk kelas kedua jaa.. Sue ni ramai 
peminat. Tapi malangnya sebab peminat-peminat itu tidaklah 
baik mana. Kebanyakannya gengster sekolah. Tapi aku tahu, 
mesti ada lelaki yang baik hati suka kat Sue. Sebab wanita 
yang baik adalah untuk lelaki yang baik kan?Last kali aku 
ada kawan yang bernama Tengku Natrah. Sekelas ngan 
aku sejak dar darjah satu. Aku ngan dia kadang-kadang 
boleh sekepala tapi kadang-kadang tak boleh.. Sebab kami 
ada banyak pendapat. Duduk sebelah Thirah dalam kelas. 
Natrah ni kalau gelak, dua kali lima ja ngan Thirah. 
Tak ingat dunia..


BestFriends Forever..


Tapi alhamdulillah... Semua kawan aku masih mamatuhi 
ajaran agama Allah. Walau apa pun terjadi, sama ada kami 
bergaduh atau bekerjasama, kami semua masih menunaikan 
ibadat wajib. Dan aku terus berdoa supaya jalinan persahabatan 
kami akan terus dipelihara Allah SWT. Dan aku juga akan terus 
berdoa supaya Allah memelihara kami dari godaan syaitan 
yang direjam.. Amin..

Saturday, 22 October 2011

Dunia Serba Terbalik

Dalam hidup ini, banyak perkara yang menjadi terbalik. Contohnya, bila ada orang meninggal. Keluarga si mati membuat kenduri tahlil. Ramai yang hadir dan makan di kenduri tu. Tapi bila kita makan, pernah tak kita terfikir yang kita makan harta anak yatim? Lepas makan kita pulak tinggalkan macam tu ja. Makin kita menyusahkan keluarga si mati. Sedangkan mereka masih bersedih atas kehilangan orang tersayang.
     Contoh kedua pulak bila kita pergi kenduri perkahwinan. Cuba kita lihat ramai yang bagi duit kepada keluarga pengantin sedangkan kita tidak diwajibkan untuk berbuat demikian. Ini kerana keluarga pengantin itu sendiri mempunyai wang sendiri. Kalau tidak, bagaimana boleh buat kenduri kahwin kan? Apa kata kita bagi aja duit tu kepada keluarga si mati seperti contoh pertama tadi. Sekurang-kurangnya dapat jugak pahala kerana bersedekah kepada anak yatim.
     Contoh yang ketiga pulak bila beraya. Antara raya puasa dan raya haji, mana satu lebih meriah?? Raya puasa kan. Tapi sebenarnya raya haji yang sepatutnya lebih meriah. Kerana ketika raya haji, kita lakukan aktiviti korban. Masa raya haji jugak kita diharamkan berpuasa empat hari iaitu pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah kerana ingin meraikan hari raya aidiladha. Tapi antara kedua-dua perayaan ini, hari raya aidilfitri lebih meriah kerana ingin meraikan kebebasan setelah berpuasa selama sebulan.
     Banyak lagi perkara-perkara di sekeliling kita menjadi terbalik. Renungkanlah...

p/s: sori cuma bagi tiga contoh. Sebenarnya malas nak tulis banyak-banyak. Hahaha...

Sunday, 18 September 2011

Air mata...

Bayi menangis kerana itulah satu-satunya cara untuk mereka menyatakan betapa lapar dan dahaganya mereka..Betapa takutnya mereka..Betapa sedihnya mereka..Dan betapa marahnya mereka..
Wanita menangis kerana mereka memang sensitif..Mereka menangis kerana meluahkan rasa hati mereka..Sama ada terlalu gembira atau sebaliknya..
Tetapi..
Tahukah anda, kenapa lelaki menangis?Kita jarang melihat lelaki menangis.Ini kerana ego mereka terlalu tinggi...Tetapi percayalah lelaki yang menangis bukan bererti mereka lemah..Sesungguhnya lelaki menangis apabila mereka berasa gagal menjaga orang-orang yang mereka sayangi..Mereka mengalirkan air mata apabila mereka kehilangan orang yang benar-benar mereka cintai..

Maka aku amat mengagumi wanita-wanita yang berjaya membuatkan lelaki menangis..hahahaa...

p/s=hanya untuk suka-suki..bukan sindiran..bukan realiti..hanyalah luahan dari seorang insan yang sedang boring...