Saturday, 12 November 2011

Me & My Class '2 Arif'

Assalamualaikum..
Tersebutlah Al-kisah pelajar kelas 2 Arif...


Kisah bermula dengan ketua
Muhammad Iqbal Aiman namanya
Orangnya segak berkaca mata
Bak kata Natrah gentleman orangnya


Pembantu Iqbal namanya Aishah
Yang seorang lagi namanya Hanani
Keceriaan kelas Aishah kena ambik kesah
Kebajikan kelas pulak menjadi tanggungjawab Hanani


Syarif orang kata comei tapi pendek
Selalu kena buli tapi bijak
Budak perempuan suka mengusik
Sekali kena usik malu-malu kucing pulak...


Zati Syafiqah pengawas sekolah
Orangnya tinggi lampai macam zirafah
Berkawan dengan Farralisa Maisarah
Orangnya tinggi dua kali lima jugaklah..


Mohamad Adi Quzaimie sedap namanya
Sesedap kek Secret Resepi
Hitam  manis tinggi orangnya
Badan pulak kurus melidi


Amalina dan Haida satu kumpulan
Ditambah lagi Isma Idayu
Tiga-tiga comel dan menawan
Duduk di belakang ceria selalu


Muhammad Akram pendiam orangnya
Muka blur mata bulat
Aku tak tau nak kata apa
Sebab Akram ni pendiam sangat laa..


Fathin Delila genius orangnya
Anak kesayangan cikgu CKC
Dalam segala ujian selalu dapat A
Kelas Cemerlang sepatutnya jadi tempat budak ni


Zuhairi tua setahun dari kami
Tapi belajar sama gred ngan kami
Suka belajar subjek Geografi
Tapi Cikgu Azmi kurang diminati


Atikah Amin duduk sebelah Siti Nuraisyah
Sorang mata bulat,sorang mata kuyu sekali
Bergaduh berbaik sudah menjadi lumrah
Itulah yang dinamakan sahabat sejati


Ali dan Arif dua sahabat sejati
Dua-dua orang pelajar asrama
Selalu mengantuk masa kelas Cikgu Yati
Masa Cikgu Hosmah pun sama


Athirah, Natrah dan Fatini
Banyak berita terkini
Farhah, Anis dan Nani
Sahabat mereka yang sejati


Tiga gadis berasrama
Namanya Maisara, E-are dan Syazana
Tiga-tiga comel dan cantik orangnya
Mereka masih belum berpunya


Jangan lupa Nurul Syifa
Sahabatnya bernama Atiqah Suraya
Gelaran ratu ais Atiqah bagi kat Sifa
Sifa pulak iakan sahaja...


Kisah 2 Arif tamat sudah
29 anak Puan Intan Maizura
Kalau ada silap dan salah
Jangan marah yaa..

No comments:

Post a Comment